English | ÖÐÎÄ
Rangkaian Internet mudah alih seluruh negara yang pertama di dunia, didayakan oleh 4G. Kami sedang membinanya.

Masa depan adalah tentang perkongsian.

Kita semua mahukan kebebasan berkomunikasi di Malaysia. Internet merealisasikannya, meruntuhkan tembok pemisah dan menggalakkan pertukaran idea yang berterusan.

Semakin banyak kita bergantung padanya, semakin perlu infrastrukturnya untuk berkembang. Kita memerlukan kelajuan Internet yang tinggi, kebolehpercayaan dan capaian seluruh negara. Bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati gaya hidup terhubung yang sebenar, seseorang perlu membinanya.

Di sinilah peranan kami.

Pembina dari Hari Pertama

Pembina dari Hari Pertama

YTL Communications Sdn Bhd adalah sebuah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad, dan berfungsi sebagai unit telekomunikasi untuk syarikat induk, kumpulan YTL Corporation Berhad.

Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan mampu milik bertaraf antarabangsa yang meningkatkan kehidupan pengguna di seluruh Malaysia yang menggunakan rangkaian jalur lebar tanpa wayar 4G seluruh negara yang sedang kami bina.

Memberi Kuasa kepada Komuniti

Memberi Kuasa kepada Komuniti

Telekomunikasi sangat penting kepada pembangunan mana-mana komuniti dan negara. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami komited untuk:

  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar
  • Meningkatkan mutu kehidupan pengguna di Malaysia
  • Menyokong usaha untuk mempromosikan inovasi teknologi

Pasukan Bervisi

Pasukan Bervisi

YTL Communications diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Wing K. Lee.

Wing—pelopor dalam teknologi tanpa wayar dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam pelbagai peranan pembangunan strategik dan produk —menyertai kami pada bulan September 2009 dari Clearwire, operator WiMAX yang terbesar di dunia.

Wing disokong oleh sebuah pasukan pengurusan yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri telekomunikasi.

Rangkaian Inovasi 4G

Kami telah mewujudkan Rangkaian Inovasi 4G untuk pemikir, pelaku dan penyokong kuat 4G. Jika anda seorang pembangun, kami mengalu-alukan anda untuk menjadi sebahagian daripadanya.

 
 
CiscoClearwireGCT SemiconductorSamsungat_mail

Rakan Kongsi Utama Bertaraf Dunia

Dengan sokongan kewangan yang kukuh daripada YTL Power International dan pengetahuan teknologi daripada rakan kongsi strategik dan bertaraf dunia, YTL Communications kini sedang membina ekosistem jalur lebar tanpa wayar 4G yang lengkap.

  • Cisco adalah peneraju global dalam teknologi IP CORE. Mereka membantu kami mewujudkan rangkaian teras 4G kami di Semenanjung Malaysia.
    Lawati Cisco >

  • Clearwire menyediakan rangkaian tanpa wayar Internet mudah alih WiMAX 4G di A.S. Mereka menyediakan kepakaran teknikal mereka untuk membantu kami melaksanakan perkhidmatan rangkaian 4G di Malaysia.
    Lawati Clearwire >

  • GCT Semiconductor adalah syarikat semikonduktor mendapat khidmat sumber luar yang terkemuka, yang mereka, membangunkan dan memasarkan penyelesaian litar bersepadu inovatif untuk industri komunikasi wayarles. Mereka memberikan kita cip WiMAX kuasa terendah dan paling maju yang boleh didapati di pasaran hari ini.
    Lawati GCT >

  • Samsung melancarkan perkhidmatan WiMAX 4G mudah alih komersil yang pertama di dunia di Korea Selatan pada bulan Jun 2006. Mereka menyediakan penyelesaian rangkaian 4G komprehensif kepada kami termasuk stesen pangkalan dan pelbagai Peranti Internet Mudah Alih (MID).
    Lawati Samsung >

  • Platform penghantaran mesej Atmail, menyediakan perkhidmatan penyelesaian komunikasi yang dipercayai oleh beberapa jenama terbesar di dunia. Bersama-sama Atmail, kami mengembangkan perkhidmatan penghantaran mesej bersepadu yang unik dengan mengabungkan e-mel, panggilan suara, SMS dan sebagainya dalam satu jaringan yang mudah.
    Lawati Atmail >

 

Latar Belakang Kami

YTL Communications adalah subsidiari dan utiliti komunikasi bagi YTL Power International, sebuah kumpulan utiliti yang aktif merentasi segmen utama industri utiliti di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Malaysia, YTL Power International beroperasi di Malaysia, United Kingdom, Singapura, Australia dan Indonesia. Perniagaan terasnya termasuk: penjanaan, peruncitan dan penghantaran kuasa, dan perkhidmatan bekalan air dan rawatan kumbahan.

YTL Power International adalah subsidiari YTL Corporation, pemaju infrastruktur bersepadu terkemuka di Malaysia dengan pelaburan di serata dunia dalam bidang utiliti, pembuatan simen, pembinaan, pembangunan dan pelaburan hartanah, pengurusan dan pembangunan hotel, juga teknologi maklumat yang memanfaatkan 12 juta pelanggan di tiga buah benua.

Kedua-dua YTL Power International dan YTL Corporation tersenarai di Bursa Malaysia (Kuala Lumpur Stock Exchange). Kedua-dua syarikat adalah saham komponen indeks komposit Bursa Malaysia FTSE yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar berdasarkan pada kapitalisasi pasaran.